Dua lelaki Myanmar didakwa bunuh rakan senegara

DUA lelaki warga Myanmar dihadapkan ke Mahkamah Majistret Georgetown, hari ini atas pertuduhan membunuh rakan senegara dalam kejadian di Gat Lebuh Macallum, bulan lalu.

Tertuduh, Myat Thu Khaing, 38, dan Sein Win Aung, 40, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan dalam bahasa Myanmar di hadapan Majistret Nur Fadrina Zulkhairi.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Berdasarkan kertas pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama menyebabkan kematian lelaki warga Myanmar, Myo Zaw Hlaing, di kawasan Logistik Centre, Gat Lebuh Macallum antara jam 7 malam hingga 9 malam, 9 Mac lalu.

Kedua-duanya didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara sehingga 40 tahun serta tidak kurang 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Lau Shavin, manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 21 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi penyerahan laporan patologi.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img