Dua lelaki terbabit rakaman video tak senonoh dalam kereta ditahan

POLIS menahan dua lelaki yang dipercayai terbabit dalam rakaman melakukan perbuatan tidak senonoh di dalam kereta yang tular beberapa hari lalu.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, kedua-dua lelaki masing-masing berusia 19 dan 36 tahun itu ditahan semalam dan hari ini.

“Polis Negeri Sembilan menjalankan siasatan terhadap dua laporan polis yang diterima berhubung penularan video dalam media sosial berkaitan kelakuan tidak senonoh dua individu dalam sebuah kenderaan.

“Hasil siasatan, polis mendapati kejadian itu berlaku di kawasan Bahau. Tangkapan dibuat ke atas dua lelaki semalam dan hari ini,” katanya dalam kenyataan hari ini, lapor Harian Metro.

Alzafny berkata, turut dirampas sebuah kenderaan jenis Perodua Alza dan dua telefon bimbit.

Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 377d Kanun Keseksaan bagi kesalahan kelucahan melampau di tempat awam dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara dua tahun.

“Polis turut menjalankan siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 ke atas penularan berita tidak benar dalam media sosial mengaitkan kes ini dengan imam masjid di daerah Seremban.

“Polis menjalankan siasatan secara menyeluruh berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada.

“Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berhemah dan bertanggungjawab dalam mengeluarkan sebarang kenyataan atau kandungan di ruangan awam mahupun media sosial,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img