Dua pelajar cedera kemalangan tiga kenderaan

DUA pelajar sekolah cedera dalam kemalangan tiga kenderaan di Persiaran Bangi Avenue, Kajang tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, kejadian kira-kira 12.50 tengah hari itu membabitkan dua motosikal dan sebuah kereta.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah motosikal Honda EX5 yang ditunggang pelajar lelaki berusia 16 tahun melanggar bahagian belakang kiri sebuah Perodua Myvi yang sedang bergerak.

“Akibat pelanggaran itu, penunggang motosikal hilang kawalan sebelum terjatuh di atas jalan.

“Pada masa sama, sebuah motosikal Yamaha FZ150 yang ditunggang pelajar lelaki berusia 17 tahun bersama pembonceng lelaki berusia 16 tahun yang datang dari arah belakang gagal mengelak lalu melanggar motosikal Honda EX5 yang terjatuh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata,  kedua-dua penunggang motosikal mengalami kecederaan dan dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Katanya, pembonceng motosikal Yamaha FZ150 hanya mengalami kecederaan ringan, manakala pemandu serta dua penumpang Perodua Myvi tidak cedera.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Nur Faezah Mohd Zakria di talian 012-3268496 bagi membantu siasatan,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img