Dua suri rumah didenda RM400, gagal jelaskan wang dalam akaun

DUA suri rumah didenda RM400 atau penjara seminggu oleh Mahkamah Majistret Seremban, hari ini selepas mengaku salah memiliki wang orang lain yang diperoleh secara tipu dalam akaun bank masing-masing.

Tertuduh, Noor Sabreena Mohd Tajud-din, 27, dan M Parameswari, 42, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Nurul Saqinah Rosli.

Berdasarkan kertas pertuduhan, kedua-duanya didapati memiliki wang milik individu lain yang diperoleh secara tidak sah dan gagal memberikan penjelasan munasabah berhubung sumber wang tersebut.

Noor Sabreena mengaku memiliki wang berjumlah RM6,988 pada jam 5.22 petang, 10 Oktober 2025 di sebuah rumah di Taman Labu Jaya, manakala Parameswari pula memiliki RM1,000 pada jam 5.56 petang, 19 September 2025 di Taman Ujong.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 29(1) Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM1,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Hanis Anisha Jamilludin, manakala Noor Sabreena diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Chrysandy Lai dan Parameswari diwakili peguam S Saccithananthan.

Mahkamah memerintahkan kedua-duanya dipenjara seminggu sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img