Lagi individu sebar berita palsu isu diesel ke Filipina diambil keterangan

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) merakam percakapan seorang individu yang disyaki menyebarkan berita palsu berhubung dakwaan pembekalan diesel kepada Filipina.

Menurut kenyataan suruhanjaya itu, individu terbabit hadir di ibu pejabatnya di Cyberjaya hari ini dengan ditemani peguam bagi memberi keterangan.

Dalam tindakan sama, MCMC turut menyita sebuah telefon bimbit dan satu kad SIM dipercayai digunakan untuk memuat naik kandungan berkenaan bagi membantu siasatan dibuat mengikut Seksyen 248 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM500,000 atau penjara maksimum dua (2) tahun, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

“MCMC memandang serius sebarang penyalahgunaan platform media sosial dan saluran digital untuk menyebarkan maklumat palsu yang boleh mengelirukan orang ramai,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, tindakan penguatkuasaan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang serta menjejaskan ketenteraman awam.

Pada 17 April lalu, MCMC membuka kertas siasatan terhadap seorang individu yang menyebarkan berita palsu berhubung dakwaan pembekalan bahan api diesel kepada Filipina.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img