Dua wanita kereta dilanggar ambulans hilang kawalan di Tumpat

DUA wanita cedera selepas kereta mereka dilanggar sebuah ambulans yang dipercayai hilang kawalan di Simpang Tiga Kampung Neting, Jalan Kota Bharu-Pengkalan Kubor, Tumpat, semalam.

Ketua Polis Daerah Tumpat ACP Mohd Khairi Shafie berkata kemalangan berlaku pada 1.15 tengah hari apabila ambulans jenis Toyota Hiace milik Kementerian Kesihatan (KKM) yang dipandu lelaki tempatan berusia 43 tahun dari arah Kelaboran menuju ke Pengkalan Kubor dipercayai mengalami kegagalan sistem brek ketika tiba di lokasi kejadian.

“Ambulans itu kemudian hilang kawalan sebelum melanggar sebuah Proton Waja yang dipandu wanita berusia 33 tahun dan sebuah Perodua Viva dipandu wanita berusia 29 tahun dari arah Kota Bharu.

“Akibat kemalangan itu, pemandu Proton Waja mengalami pendarahan di bahagian kepala manakala pemandu Perodua Viva cedera di lutut kiri,” katanya dalam kenyataan hari ini,lapor Bernama.

Beliau berkata kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Tumpat untuk mendapatkan rawatan lanjut, manakala pemandu ambulans tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mohd Khairi berkata ujian saringan air kencing terhadap pemandu ambulans juga didapati negatif dadah dan kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here