Terima 86 laporan, polis siasat Noorazli

POLIS menjalankan siasatan berhubung ucapan Ketua UMNO Sepang, Noorazli Said, yang menyentuh sensitiviti agama ketika Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 di Kuala Lumpur.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar, berkata kes disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Katanya, setakat ini polis menerima 86 laporan mengenai isu berkenaan, manakala 93 saksi sudah dirakam percakapan.

“Seramai 93 orang saksi telah dirakam percakapan yang terdiri daripada orang awam, pihak penganjur dan perwakilan UMNO termasuk suspek. Kertas siasatan akan dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara pada 18 Sept 2026 untuk arahan dan nasihat selanjutnya,” katanya dalam kenyataan.

Seksyen 298 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda atau kedua-duanya jika seseorang didapati sengaja melukakan perasaan agama orang lain.

Manakala, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 memperuntukkan denda sehingga RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan penggunaan tidak wajar kemudahan atau perkhidmatan rangkaian.

Polis turut menasihatkan orang ramai tidak membuat spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan atau menyebarkan maklumat yang belum ditentukan kesahihannya.

Noorazli sebelum ini dikecam berhubung ‘jenaka’ dibuatnya dalam ucapan di PAU pada Sabtu lalu yang berkisar tentang seorang paderi dan biarawati.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here