Duterte bakal dibicara kes jenayah kemanusiaan 31 November depan

BEKAS Presiden Filipina, Rodrigo Duterte bakal menghadapi perbicaraan jenayah terhadap kemanusiaan di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) bermula 30 November ini.

Duterte berdepan tiga pertuduhan jenayah terhadap kemanusiaan, dan didakwa terbabit dengan sekurang-kurangnya 76 pembunuhan antara 2013 hingga 2018 ketika pelaksanaan ‘perang terhadap dadah’.

Bekas pemimpin berusia 81 tahun itu juga bakal menjadi bekas ketua negara pertama dari Asia yang dibicarakan di ICC, mahkamah yang mengendalikan kes jenayah berat dunia termasuk jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan.

Pihak pendakwaan sebelum ini memohon agar perbicaraan dimulakan pada 30 November dan dijangka memanggil antara 60 hingga 70 saksi sepanjang prosiding berlangsung.

“Saya bersedia untuk menerima permohonan pihak pendakwa,” kata hakim yang mempengerusikan kes, Joanna Korner.

Bagaimanapun, beliau mengarahkan satu lagi penilaian dibuat terhadap tahap kesihatan Duterte bagi menentukan sama ada beliau layak dibicarakan sebelum prosiding bermula.

Pihak pembelaan yang kini diketuai peguam Britain, Peter Haynes memohon mahkamah supaya tidak menetapkan tarikh perbicaraan kerana keadaan kesihatan Duterte perlu dinilai terlebih dahulu.

Setakat ini, Duterte tidak pernah hadir secara fizikal di mahkamah yang berpangkalan di The Hague itu apabila hakim membenarkan pengecualian kehadiran dalam setiap prosiding.

Kali terakhir beliau dilihat adalah menerusi penampilan awal melalui sidang video selepas ditahan yang dilihat keletihan, keliru selain pertuturannya sukar didengari.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img