Ebit Lew diarah bela diri 11 pertuduhan gangguan seksual

PENDAKWAH terkenal, Ebit Lew atau nama sebenarnya, Ebit Irawan Ibrahim, 41, hari ini diperintah Mahkamah Majistret Tenom untuk membela diri atas 11 pertuduhan gangguan seksual terhadap seorang wanita, kira-kira lima tahun lalu.

Majistret Nur Asyraf Zolhani membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.

Menurutnya, semua elemen pertuduhan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan telah dibuktikan, sekali gus mencukupi untuk sabitan direkodkan sekiranya tidak disangkal oleh pihak pembelaan.

“Keterangan di akhir kes pendakwaan adalah mencukupi untuk sabitan direkodkan terhadap kamu berkenaan 11 pertuduhan tersebut sekiranya ia tidak disangkal atau tidak digugat oleh keterangan pembelaan,” katanya semasa membacakan keputusannya.

Sehubungan itu, tertuduh diberi pilihan untuk membela diri termasuk memanggil saksi bagi menyokong pembelaannya.

Sementara itu, peguam Ram Singh yang mewakili tertuduh memaklumkan pihaknya akan memanggil antara tujuh hingga 10 saksi pembelaan dalam prosiding akan datang.

Mahkamah turut menetapkan tarikh perbicaraan bagi pembelaan iaitu pada 13 hingga 16 Oktober, 11 hingga 13 serta 24 hingga 27 November, selain 1 hingga 4 Disember tahun ini.

Dalam kes itu, tertuduh berdepan 11 pertuduhan membuat dan menghantar gambar serta perkataan lucah melalui aplikasi WhatsApp antara Mac hingga Jun 2021, yang didakwa mengaibkan kehormatan mangsa.

Perbicaraan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad, Analia Kamaruddin dan Muhammad Hidayat Wahab.

Ebit Lew diwakili oleh Ram, Kamarudin Mohmad Chinki, Timothy Daut, Mohd Syarulnizam Salleh Keruak dan Prem Elmer Ganasan

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img