Empat rakyat Malaysia masih teruskan misi GSF 2.0

EMPAT rakyat Malaysia dilaporkan masih bertahan dan meneruskan pelayaran dalam misi Global Sumud Flotila (GSF) 2.0 menuju ke Gaza.

Mereka ialah Muhammad Hareez Adzrami atau Haroqs dan Chin dari kapal Alcyone, Syed Amirul (Don Juan) dan Dr Thanisah (Zefiro).

Berdasarkan maklumat di Sumud Nusantara Tracker, kapal Alcyon kini memecut pada kelajuan 15.5 kilometer perjam (km/j), manakala Don Juan dan Zefiro masing-masing bergerak 14.3 km/j dan 11.7 km/j.

Terdahulu, Sumud Nusantara Official memaklumkan seramai 25 rakyat Malaysia telah ditahan rejim Zionis dengan terbaharu melibatkan Razman Mat Ali (kapal Azur).

Sementara itu, sebanyak 12 kapal lagi sedang berjuang dan belayar menuju ke Zon Merah terakhir untuk menamatkan misi kali ini setelah lebih separuh konvoi mereka dipintas pasukan tentera Israel setakat 7.46 pagi (waktu Malaysia).

Dalam perkembangan sama, lima buah kapal yang membawa peserta Freedom Flotilla Coalition (FFC) telah dipintas pasukan rejim ketika pelayaran bersama konvoi GSF 2.0.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam mengecam tindakan Israel yang memintas flotila membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza serta menahan lebih 100 aktivis, termasuk rakyat Malaysia.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img