Tiga kapal bawa 4 rakyat Malaysia hampiri zon merah Gaza

TIGA buah kapal yang membawa empat rakyat Malaysia bagi misi Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 dilaporkan semakin menghampiri zon merah ketika pelayaran menuju ke Gaza.

Setakat jam 12 tengah hari waktu Malaysia, kesemua kapal dilaporkan masih bertahan dan meneruskan misi kemanusiaan itu.

EMPAT rakyat Malaysia yang masih bertahan dan meneruskan misi GSF 2.0 ke Gaza

Berdasarkan maklumat menerusi Sumud Nusantara Tracker, kapal Alcyon yang membawa Muhammad Hareez Adzrami atau Haroqs serta Chin berada pada jarak 34 batu nautika dari zon merah dan 132 batu nautika dari pantai Gaza.

Kapal Don Juan yang dinaiki Syed Amirul pula berada 44 batu nautika dari zon merah dan 142 batu nautika dari pantai Gaza.

Sementara itu, kapal Zefiro yang dinaiki Dr Thanisah dilaporkan berada pada jarak 50 batu nautika dari zon merah serta 149 batu nautika dari pantai Gaza.

Setakat ini, seramai 25 rakyat Malaysia dilaporkan telah ditahan oleh rejim Zionis.

Dalam perkembangan sama, 10 lagi kapal masih meneruskan pelayaran menuju zon merah terakhir bagi melengkapkan misi berkenaan.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img