Empat suspek curi tabung Masjid Seksyen 7 Shah Alam akan didakwa esok

EMPAT suspek curi tabung Masjid Seksyen 7 akan dituduh di Mahkamah Majistret Shah Alam, esok.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, pihaknya sudah menerima arahan pertuduhan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Siasatan mendapati tindakan suspek-suspek terbabit memang bermotifkan curi berikutan terdesak mahukan wang.

“Dalam kejadian itu, kerugian dianggarkan RM450. Ini kerana aktiviti infaq dan sumbangan tabung masjid itu menggunakan kaedah transaksi pembayaran respons pantas (QR).

“Ini juga salah satu inisiatif yang bagus daripada pihak masjid,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam hari ini, lapor Berita Harian.

Terdahulu, media melaporkan polis mengesan sekumpulan empat lelaki termasuk seorang remaja berusia 17 tahun yang dipercayai terbabit curi tabung masjid terbabit pada 22 Februari lalu.

Berikutan itu, operasi polis dijalankan pada 22 dan 24 Februari lalu dapat menahan empat lelaki warga tempatan berusia 17 hingga 26 tahun.

Semakan mendapati, semua suspek mempunyai rekod lalu berkaitan jenayah dan dadah, manakala seorang suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

Sebelum ini, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan setinggi penghargaan dan ucapan syabas kepada pasukan Polis Selangor atas tindakan pantas dan berkesan dalam menahan pelaku-pelaku kejadian curi tabung Masjid Seksyen 7.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img