Fahmi ucap takziah kepada keluarga penyampai radio RED FM RTM Sarawak

MENTERI Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil merakamkan ucapan takziah kepada keluarga penyampai radio RED FM Radio Televisyen Malaysia (RTM) Sarawak Azrani Azmi, atau DJ Zack, 47, yang meninggal dunia semalam.

Menerusi hantaran di laman Facebook, beliau berkata Allahyarham akan sentiasa dikenang sebagai seorang penyiar yang berdedikasi, amat disenangi rakan sekerja dan komited menjalankan tugas.

“Bagi pihak Kementerian Komunikasi, saya ucapkan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham dan sahabat handai, khususnya di RTM Sarawak. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan menempatkannya dalam kalangan orang beriman. Al-Fatihah,” menurut hantaran itu.

Azrani meninggal dunia selepas ditemukan tidak sedarkan diri di pejabatnya di RTM Sarawak.

Nur Farrah Hanna Azmi berkata abangnya ditemukan rakan sekerja pada kira-kira 8.40 malam sebelum dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here