FAM digesa kembalikan keyakinan rakyat – Menteri Belia dan Sukan

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) digesa supaya mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap bola sepak negara, susulan krisis yang sedang melanda persatuan itu.

MENTERI Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari berkata,  sokongan rakyat amat penting dalam memastikan bola sepak kekal popular di Malaysia.

“Saya berharap FAM dapat selesaikan perkara ini dengan teratur, baik dan penuh hikmah.

“Kita sentiasa faham keadaan yang dihadapi FAM dan sentiasa memberikan ruang kepada badan induk itu untuk menjalani semua proses dalaman sedang berlangsung,” katanya selepas meninjau sambutan Thaipusam di Kuil Sri Subramania Swami Devasthanam di Sungai Petani hari ini.

Pada September tahun lepas, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) mengambil tindakan terhadap FAM selepas mendakwa persatuan itu menyerahkan dokumen palsu bagi mengesahkan kelayakan tujuh pemain warisan, kes yang kini disiasat polis.

Exco FAM meletak jawatan minggu lepas, dengan pemangku presidennya, Datuk Mohd Yusoff Mahadi menyatakan bahawa jawatankuasa tersebut mahu melindungi reputasi FAM serta mengekalkan sokongan orang ramai.

Fifa sebelum ini mendenda FAM 350,000 franc Swiss (kira-kira RM1.8 juta), manakala ketujuh-tujuh pemain warisan tersebut didenda 2,000 franc Swiss francs (kira-kira RM10,560) setiap seorang dan digantung 12 bulan daripada sebarang kegiatan berkaitan bola sepak.

FAM kemudiannya membawa perkara ini ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) selepas rayuannya ditolak Fifa.

CAS menetapkan 26 Februari ini untuk mendengar kes itu bagi menentukan nasib FAM serta tujuh pemain terbabit, iaitu Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Gabriel Palmero, Jon Irazabal dan Hector Hevel.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img