Gara-gara cemburu buta, suami kurung isteri, empat anak di rumah

SEORANG wanita berusia 30-an bersama empat anak kecilnya berdepan detik cemas apabila dipercayai dikurung suaminya yang cemburu di rumah mereka di Gong Badak, Kuala Terengganu, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, mangsa yang turut mengalami kecederaan dipercayai dikasari suaminya sebelum menghubungi polis untuk menyelamatkan dia dan anak-anaknya.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, sepasukan anggota dari Balai Polis Gong Badak, Kuala Nerus bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan daripada mangsa.

“Pemeriksaan mendapati kesemua pintu rumah tersebut telah dikunci menggunakan mangga.

“Anggota polis terpaksa bertindak memotong salah satu mangga terbabit bagi membolehkan mangsa dan anak-anaknya keluar dengan selamat,” katanya.

Azli berkata, pemeriksaan mendapati wanita terbabit mengalami kecederaan pada mata kanan selain mengadu sakit di kepala dan lutut kiri.

Beliau berkata, mangsa bersama empat anaknya kemudian dibawa ke Balai Polis Gong Badak untuk tindakan lanjut.

“Mangsa mendakwa telah dipukul suaminya yang cemburu sebelum dikurung bersama-sama anak-anak di rumah mereka.

“Suaminya berusia 36 tahun kemudian menyerah diri kepada polis kira-kira pukul 3 petang, semalam,” katanya.

Kes berkenaan kini dalam siasatan polis.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here