Gencatan senjata berkuasa, sempadan Rafah akan dibuka 400 trak bantuan kemanusiaan setiap hari ke Gaza

Perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas berkuat kuasa di Semenanjung Gaza pada Khamis selepas usaha pengantaraan yang berterusan dan intensif bagi menamatkan konflik selama dua tahun di wilayah Palestin itu.

“Perjanjian telah dicapai untuk melaksanakan gencatan senjata dan menamatkan konflik di Gaza selepas dua tahun penderitaan, selaras dengan pelan damai yang dicadangkan oleh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump,” kata Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi dalam satu kenyataan, lapor Anadolu Ajansi.

Penyiar awam Israel, KAN mengesahkan bahawa perjanjian gencatan senjata itu telah berkuat kuasa di wilayah berkenaan.

Bagaimanapun, Channel 12 Israel yang memetik sumber di pejabat Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, melaporkan bahawa gencatan senjata itu “hanya akan berkuat kuasa selepas mendapat kelulusan kerajaan.”

Gencatan senjata serta-merta akan berkuat kuasa sebaik sahaja perjanjian itu ditandatangani.

Dalam tempoh awal 72 jam, semua tebusan  sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia  dijangka dibebaskan. Laporan menyatakan bahawa semua tebusan yang masih hidup akan dibebaskan dalam satu fasa, manakala jenazah tebusan yang telah meninggal dunia akan dikembalikan secara berperingkat.

Selepas semua tebusan dibebaskan, Pasukan Pertahanan Israel (IDF) akan mempunyai 24 jam untuk berundur ke seberang “garisan kuning”, dengan beberapa pengubahsuaian kecil. Pengunduran secara beransur-ansur seterusnya akan membawa tentera Israel semakin hampir ke sempadan luar Gaza.

Sumber Mesir memberitahu saluran Al-Araby yang berpangkalan di Qatar bahawa Lintasan Rafah akan dibuka semula dalam kedua-dua arah tidak lama lagi.

Satu laporan tambahan menyatakan bahawa telah dipersetujui sebanyak 400 trak bantuan kemanusiaan akan dibenarkan memasuki Gaza setiap hari sepanjang lima hari pertama gencatan senjata.

Bagi setiap kumpulan tebusan yang dibebaskan, Israel akan membebaskan kumpulan tahanan Palestin yang setara. Proses pertukaran ini dijangka selesai menjelang hari Ahad.

Seorang pegawai Israel yang mengetahui butiran perjanjian tersebut berkata bahawa Hamas telah bersetuju untuk tidak mengadakan sebarang sambutan awam atau majlis ketika pembebasan tebusan dilakukan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img