Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan disumbat dalam bagasi di Permatang Pauh

Polis mengesahkan penemuan satu mayat lelaki tanpa identiti yang disumbat dalam sebuah bagasi berhampiran Flat Ampang Jajar, Permatang Pauh di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Anuar Abdul Rahman berkata pihaknya menerima laporan mengenai penemuan mayat itu pada 1.43 petang.

“Siasatan masih lagi diteruskan dan perkembangan lanjut akan dimaklumkan kemudian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini, lapor Bernama.

Difahamkan mayat ditemukan pekerja pembersihan saluran yang sedang menjalankan tugasan rutin di kawasan rumah pangsa berkenaan sebelum melaporkannya kepada pihak polis.

Mayat dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk bedah siasat.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img