Gol sendiri Sunderland, elak penyokong Liverpool ‘kembali menangis’  

LIVERPOOL terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 1-1 menentang Sunderland dalam aksi Liga Perdana Inggeris yang dipenuhi detik mendebarkan, dua gol jaringan sendiri dan beberapa percubaan terkena palang.

Sunderland membuka tirai jaringan pada minit ke-67 apabila rembatan jarak jauh Chemsdine Talbi dari jarak 25 meter terkena belakang Virgil van Dijk dan menerjah ke penjuru kiri gawang, menewaskan Alisson.

Liverpool, yang sebelum itu hampir menjaringkan gol menerusi percubaan Alexis Mac Allister yang menggegar tiang, akhirnya menyamakan kedudukan sembilan minit sebelum tamat. Kali ini, percubaan Florian Wirtz yang tersasar terkena kaki Nordi Mukiele dan melambung masuk melepasi penjaga gol Sunderland, Robin Roefs.

Sunderland turut diuji oleh nasib apabila mereka mengenai palang dua kali — pertama menerusi rembatan jarak jauh Trai Hume yang berjaya ditepis Alisson ke palang, dan kemudian tandukan Omar Alderete yang hanya menggegar bahagian luar tiang kanan.

Pada masa kecederaan, Sunderland hampir mencuri kemenangan apabila Wilson Isidor berjaya melepasi Alisson, namun percubaannya diselamatkan di atas garisan oleh Federico Chiesa.

Statistik menunjukkan Liverpool menguasai permainan dengan 23 percubaan berbanding 9, serta 13 percubaan dalam kotak penalti berbanding 4, namun Sunderland lebih klinikal dengan 6 percubaan tepat berbanding 4 oleh Liverpool. Masalah ketumpulan penyudah dan kelemahan di benteng terus menghantui skuad kendalian Arne Slot.

Jaringan Talbi merupakan hanya gol keempat Sunderland di tempat lawan musim ini, manakala gol sendiri Mukiele adalah gol sendiri pertama yang mereka benarkan dalam liga sejak Februari 2017.

Walaupun masih bergelut untuk mendapatkan rentak, Liverpool kekal berbahaya di penghujung perlawanan, yang pastinya gol sendiri Mukiele elakkan penyokong Liverpool ‘kembali menangis’.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img