Jaringan Merino, Saka lengkapkan kemenangan Arsenal di Emirates

ARSENAL kembali mengukuhkan kedudukan di puncak Liga Perdana Inggeris dengan kelebihan lima mata selepas mencatat kemenangan 2-0 ke atas Brentford di Stadium Emirates, hasil jaringan Mikel Merino dan Bukayo Saka.

Merino, yang sekali lagi diturunkan sebagai penyerang sementara, meneruskan sentuhan emasnya apabila membuka jaringan pada minit ke-11.

Pemain Sepanyol itu menanduk masuk hantaran Ben White, menjadikan ini gol keduanya dalam dua perlawanan selepas menyamakan kedudukan menentang Chelsea sebelum ini.

Brentford bagaimanapun memberi tentangan sengit. Mereka hampir menyamakan kedudukan selepas Kevin Schade melakukan tandukan berbahaya, tetapi David Raya bertindak cemerlang menepis bola sehingga terkena palang.

Arsenal terus berdepan tekanan terutama menerusi situasi bola mati sepanjang babak kedua sebelum Saka akhirnya menggandakan kedudukan pada minit pertama masa kecederaan.

Dimulakan oleh hantaran pintar Merino, Saka meluru ke dalam kotak penalti dan melakukan percubaan yang melambung sedikit, namun tetap melepasi garisan gol walaupun penjaga gol Caoimhin Kelleher cuba menghalangnya.

Jaringan itu mengubat kekecewaan selepas beliau terlepas peluang terbaik beberapa minit lebih awal.

Walaupun meraih tiga mata penting, Arsenal turut menerima tamparan dari segi kecergasan pemain apabila dua tonggak pertahanan utamanya William Saliba dan Gabriel Magalhães masih tercedera.

The Gunners juga kehilangan seorang lagi tonggak apabila Cristhian Mosquera terpaksa dikeluarkan setelah mendarat dalam posisi tidak stabil semasa perebutan bola pada separuh masa pertama.

Jurian Timber kemudian masuk menggantikan beliau dan bergandingan bersama Piero Hincapié sehingga tamat permainan. Terdapat juga kebimbangan melibatkan Declan Rice, yang dilihat menggunakan ais pada betisnya selepas dikeluarkan lewat perlawanan.

Kemenangan ini menyaksikan Arsenal terus berada di tangga teratas dengan kelebihan lima mata mengatasi Manchester City, manakala Brentford kekal di kedudukan ke-13 liga.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img