Hanya 15 peratus rakyat terkesan kenaikan diesel -PM

DATUK Seri Anwar Ibrahim berkata, kajian menunjukkan peningkatan harga diesel memberi kesan kepada 15 peratus rakyat negara ini.

Perdana Menteri menjelaskan, baki 85 peratus adalah rakyat yang membeli diesel dengan harga subsidi, bukannya harga pasaran.

“Orang bangkitkan harga minyak diesel yang tinggi, saya akui dan setuju ada yang terkesan dengan peningkatan harga diesel termasuk sektor pengangkutan.

“Namun, hanya 15 peratus rakyat yang terkesan dengan membeli harga pasaran, manakala 85 peratus lagi adalah membeli dengan harga subsidi,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Terminal Baharu Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) di Kota Bharu.

Turut hadir, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dan Menteri Besar, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

Anwar berkata, ada yang marah dengan mengatakan nelayan terkesan susulan kenaikan diesel, sedangkan golongan berkenaan membeli dengan harga subsidi.

“Jadi jangan beri contoh seperti itu. Apakah kita perlu langkah untuk meringankan beban rakyat? Ya, kita ada rundingan setiap hari untuk mencari jalan meredakan beban rakyat,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img