PIHAK berkuasa Indonesia hari ini mengesahkan helikopter milik Eastindo Air yang terputus hubungan pada Isnin lalu ditemukan terhempas di tengah hutan di Tanah Bumbu, Kalimantan Selatan.
Pasukan penyelamat yang tiba di tempat kejadian menemukan badan pesawat musnah terbakar.
Pengarah Operasi Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan Basarnas, Laksamana Pertama TNI Yudhi Bramantyo berkata, bangkai helikopter itu ditemukan pada pukul 2.45 petang.
“Pasukan penyelamat menemukan seorang mangsa yang meninggal dunia sekitar 100 meter dari badan pesawat,” katanya pada sidang media di Banjarbaru, malam ini.
Beliau berkata, identiti mangsa belum dikenalpasti dan mayat sudah dibawa keluar dari tempat kejadian.
Helikopter itu membawa 8 orang termasuk juruterbang dan jurutera manakal enam lagi adalah penumpang. Usaha mencari mangsa-mangsa lain sedang dijalankan


