JIM Johor hantar 90 tahanan asing ke negara asal

SERAMAI 90 tahanan warga asing dari pelbagai negara dihantar pulang ke negara asal masing-masing oleh Depot Imigresen Pekan Nenas sepanjang minggu kedua Mei lalu.

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor memaklumkan, tahanan terbabit terdiri daripada 31 warga Myanmar, Bangladesh (25), Pakistan (15), Nepal (7), Vietnam (5), China (2), Kemboja (2) serta masing-masing seorang warga Filipina, Singapura dan Thailand.

Menurut kenyataan itu, semua tahanan dipindahkan melalui Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA 1 dan KLIA 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai serta Kompleks Bangunan Sultan Iskandar (BSI).

“Kesemua tahanan yang dipindahkan memiliki pasport sah manakala sebahagian lagi menggunakan dokumen perjalanan sementara atau Emergency Travel Document yang dikeluarkan kedutaan negara masing-masing,” menurut kenyataan itu.

JIM berkata, kos penghantaran pulang dibiayai menggunakan simpanan peribadi tahanan, bantuan ahli keluarga serta dalam kes tertentu ditanggung pihak kedutaan.

Menurutnya, semua tahanan yang dihantar pulang turut disenarai hitam dalam sistem imigresen dan tidak dibenarkan memasuki semula negara ini mengikut tempoh yang ditetapkan.

Katanya, proses pemindahan tahanan merupakan antara aktiviti utama yang dilaksanakan secara berterusan oleh Depot Tahanan Imigresen Pekan Nenas bagi mengelakkan lambakan tahanan yang sudah selesai menjalani hukuman terus berada di negara ini.

Sehubungan itu, orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat berkaitan urusan penghantaran pulang tahanan boleh berhubung dengan Unit Rekod dan Pemindahan Depot Imigresen Pekan Nenas di talian 07-6993540 atau melalui Sistem Pertanyaan Online (SPO).

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img