ISTERI pemimpin tertinggi Iran yang terbunuh, Ayatollah Ali Khamenei dilaporkan meninggal dunia hari ini akibat kecederaan yang dialami dalam serangan Amerika Syarikat (AS)–Israel, lapor media Iran.
Mansoureh Khojasteh Bagherzadeh, 79, berada dalam keadaan koma sejak serangan pada Sabtu lalu yang mengorbankan Khamenei, menurut agensi berita Tasnim News Agency.
Semalam, anak perempuan, cucu, menantu perempuan dan menantu lelaki Pemimpin Agung Iran, Khamenei, terbunuh dalam serangan AS-Israel.
Jenazah pemimpin Iran itu ditemukan selepas serangan.
Sebelum ini, tentera Iran turut mengesahkan empat pegawai kanan tenteranya terkorban dalam serangan AS- Israel itu,
Menurut satu kenyataan, semua pegawai berkenaan menjadi sasaran ketika menghadiri mesyuarat Majlis Pertahanan.
Mereka yang terkorban dalam serangan berkenaan ialah Ketua Turus, Abdolrahim Mousavi; Komander Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC), Mohammad Pakpour; Setiausaha Majlis Pertahanan, Ali Shamkhani dan Menteri Pertahanan serta Logistik Angkatan Tentera, Aziz Nasirzadeh.


