‘’Itu cakap-cakap jahat’’ – Anthony balas sindiran Asyraf Wajdi soal jawatan MB

SETIAUSAHA  Agung DAP, Anthony Loke menyifatkan cadangan beliau wajar diangkat sebagai calon Menteri Besar Negeri Sembilan berniat jahat.

Katanya, ia disebabkan  Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri secara jelas menetapkan hanya calon Melayu dan beragama Islam layak dilantik Menteri Besar.

“Itu adalah cakap-cakap jahat daripada pihak yang melawan kita. Calon menteri besar Negeri Sembilan amat jelas dalam Undang-undang Tubuh Negeri perlu merupakan Adun Melayu yang beragama Islam.

“Saya tidak memenuhi syarat tersebut,” katanya kepada media selepas meninjau Projek Kerja Pemulihan dan Naik Taraf Landasan Kereta Api di Stesen Kereta Api Bahau.

Beliau mengulas sindiran Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr.Asyraf Wajdi Dusuki yang membangkitkan persoalan siapakah yang akan menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan jika ‘poster boy’ Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Aminuddin Harun kalah dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 1 Ogos ini.

Anthony menegaskan, PH hanya menyenaraikan Aminuddin sebagai calon tunggal Menteri Besar, jika gabungan itu diberi mandat untuk terus mentadbir Negeri Sembilan.

“Calon MB kita hanya seorang saja, iaitu Tok Min.”



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img