‘Jangan risau Akmal, abang tahu anak muda Melaka mahukan siapa’ – Zahid

PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendengar suara Ketua Pergerakan Pemuda parti itu, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh yang menyatakan pendirian tidak akan bertanding sekiranya Barisan Nasional (BN) bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan datang.

Malah Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu memberi jaminan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu tidak perlu khuatir mengenai strategi parti dalam menentukan hala tuju menghadapi PRN tersebut.

“Saya dengar apa yang Akmal kata. Kalau kita dengan yang puak sana, dia menawarkan diri untuk tidak bertanding.

“Jangan risau Akmal. Abang tahu apa yang akan abang buat. Abang tahu suara anak muda Negeri Melaka mahukan siapa!,” katanya ketika berucap pada Majlis Penutup Konvoi Bermotor Karnival Anak Muda di MITC Ayer Keroh, Melaka hari ini. Yang turut hadir, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka.

Menurut Ahmad Zahid, keputusan terbaik akan dibuat parti bagi memastikan kebajikan serta kepentingan rakyat Melaka terus terbela.

“Saya tahu pengundi Melaka mahu kita bekerjasama dengan siapa!. Tiba masanya, saya tahu keputusan yang terbaik yang akan saya buat demi kepentingan untuk Melaka,” katanya.

Pada Ogos lalu, Muhamad Akmal menegaskan beliau tidak akan bertanding pada PRN Melaka sekiranya BN dan PH bekerjasama pada pilihan raya berkenaan.

Beliau berkata, pendirian itu dibuat kerana lebih mengutamakan prinsip perjuangan berbanding jawatan sebagai wakil rakyat.

Pendirian Muhamad Akmal itu dibuat susulan kenyataan Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bahawa PH terbuka untuk membincangkan kerjasama dengan BN bagi menghadapi PRN Melaka.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here