Jaslinda dibenarkan keluar hospital selepas dirawat tiga hari

PENDAKI wanita yang sebelum ini dilaporkan hilang selama 14 hari ketika mendaki Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin dibenarkan pulang hari ini selepas tiga hari menerima rawatan di Hospital Tapah.

Jaslinda, 49, yang dibawa keluar oleh suaminya, Haszman Othman, 61, diiringi petugas kesihatan Wad Perempuan Hospital Tapah, dilihat keluar dari wad jam 1.50 petang sebelum suami isteri itu menaiki kereta Honda City warna gelap.

Sebelum beredar, Jaslinda menggunakan tongkat dilihat terharu, sambil mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang mendoakan keselamatannya.

Malah, wanita itu juga turut memohon maaf atas kehilangannya yang disifatkan menyusahkan pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Dengan kaki kiri yang dilihat masih berbalut, Jaslinda turut meminta ruang dan berjanji akan tampil menjelaskan segala tohmahan dan fitnah yang dipalitkan susulan kehilangannya.

“Alhamdulillah saya sihat. Terima kasih banyak kepada semua rakyat Malaysia kerana doakan keselamatan saya, saya sangat menghargainya. Statement-statement (kenyataan-kenyataan) itu kemudianlah saya akan beritahu.

“Yang benda benda semua itu, yang didengar itu semuanya fitnah. Nanti saya bagi kenyataan saya. Terima kasih semua.Minta maaf menyusahkan SAR semua. Saya tiada niat nak susahkan sesiapa. Terima kasih semua,” katanya.

Jaslinda ditemui Sabtu lalu oleh dua penduduk di Kampung Lubuk Gaharu, Pos Musoh, Tapah yang ketika itu sedang memancing di Sungai Woh berhampiran perkampungan itu.

Pendaki wanita itu ditemukan pada hari ke-14 kehilangannya, ketika operasi SAR wanita itu yang dilakukan pada skala kecil memasuki hari ketiga, selepas SAR berskala besar dilaksanakan dari 25 Mei hingga 3 Jun lalu.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img