Jenayah komersial di Kelantan catat kerugian RM33.47 juta lapan bulan pertama

JENAYAH komersial di Kelantan mencatatkan jumlah kerugian sebanyak RM33.47 juta dari Januari hingga Ogos lalu, meningkat berbanding RM27.5 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusuff Mamat berkata, sepanjang tempoh itu juga, sebanyak 1,921 kes direkodkan membabitkan jenayah berkenaan.

Beliau berkata, jumlah kes itu meningkat sebanyak 821 kes berbanding tempoh sama tahun lalu yang merekodkan 1,100 kes.

“Antara yang paling ketara adalah penipuan e-Dagang iaitu meningkat daripada 260 kepada 657 kes, manakala lain-lain jenayah siber turut meningkat daripada 287 kepada 444 kes.

“Trend ini menunjukkan jenayah semakin berubah mengikut perkembangan teknologi. Maka, tindakan kita juga mesti pantas berubah, khususnya dalam pencegahan dan kesedaran awam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di Kota Bharu hari ini, lapor BH.

Mengulas lanjut, Mohd Yusoff berkata, jenayah komersial menjadi antara cabaran paling ketara khususnya dalam ruang digital.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here