Jenazah Dr Ainul selamat tiba di Pengkalan Chepa

JENAZAH Dr Ainul Baraah Kamaruddin tiba di Masjid Al Karomah Mukim Baung Besar, Pengkalan Chepa, di Kota Bharu jam 11.50 pagi tadi untuk disolatkan sebelum dikebumikan selepas solat Zuhur.

Terdahulu, jenazah Allahyarham tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Kota Bharu jam 11.21 pagi selepas diterbangkan dari Miri, Sarawak menggunakan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada jam 8.30 pagi tadi.

Penerbangan itu dilakukan selepas selesai urusan di Jabatan Forensik Hospital Miri.

Turut mengiringi jenazah, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad; Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Datuk Dr Azman Yacob dan Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan, Dr Kasuadi Hussin.

Jenazah Dr Ainul Baraah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sri Kedeper, Kota Bharu, lapor Harian Metro.

Dalam nahas pada 8 Ogos lalu, semua lima individu yang menaiki helikopter BO-105 kendalian Layang-Layang Aerospace maut selepas pesawat itu terhempas berhampiran hujung landasan STOLport Long Lellang jam 3.40 petang.

Selain Dr Ainul Baraah, nahas turut mengorbankan Kapten Zainol Afiq Bee Sham, 30; pembantu perubatan, Alexson Adit Henry, 31; serta dua jururawat, Jessie Paya Jok, 44, dan Debra Moset, 40.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here