Nahas helikopter: Bedah siasat selesai, punca kematian akibat melecur teruk

HASIL bedah siasat ke atas lima mangsa nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang di Ulu Baram, Sarawak pada Selasa lalu mendapati punca kematian disebabkan kecederaan melecur teruk.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah berkata, proses bedah siasat ke atas semua lima mangsa nahas selesai pada jam 7.30 malam tadi.

Katanya, bedah siasat dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Miri.

“Buat masa ini, kita sedang menunggu keputusan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) untuk pengesahan secara saintifik,” katanya hari ini, lapor Bernama.

Pada Selasa lalu, helikopter BO-105 yang membawa lima individu termasuk juruterbang, terhempas berdekatan Long Lellang Short Take-Off and Landing Airport (STOLport).

Mangsa yang terkorban ialah juruterbang Kapten Zainol Afiq Bee Sham, 30; pegawai perubatan, Dr Ainul Baraah Kamaruddin, 33; pembantu perubatan, Alexson Adit Henry, 31; serta dua jururawat, Debra Moset, 40, dan Jessie Paya Jok, 44.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here