JPJ sita 29 motosikal, keluarkan 645 notis dalam Ops Khas Motosikal

JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur memeriksa sejumlah 4,472 buah kenderaan dan mengambil tindakan terhadap 277 pemilik motosikal atas pelbagai kesalahan lalu lintas dalam operasi di sekitar ibu negara malam tadi.

Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Hamidi Adam berkata, penguatkuasaan itu dijalankan menerusi Operasi Khas Motosikal di Plaza Tol Batu dan Plaza Tol Ayer Panas bermula dari jam 8 malam hingga 11 malam.

Menurut beliau, operasi selama tiga jam itu diketuai Ketua Seksyen Pendakwaan JPJ Kuala Lumpur, Kamarul Anuar Mazly.

“Dalam operasi tersebut, jumlah notis yang dikeluarkan adalah 645 notis dan 29 buah motosikal telah disita.

“Kesalahan utama yang dikesan termasuk tiada lesen memandu, lesen kenderaan motor tamat tempoh, tiada perlindungan insurans, memandu bawah umur, nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi dan lain-lain kesalahan teknikal yang tidak mematuhi peraturan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hamidi berkata, operasi ini adalah bukti komitmen JPJ dan rakan strategik untuk menjadikan jalan raya di negara ini lebih selamat, khususnya di ibu negara.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img