Jumlah pelajar Cina ambil SPM lebih tinggi berbanding UEC – Fadhlina

JUMLAH pelajar berbangsa Cina yang mengikuti pendidikan menengah di sekolah bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah lebih tinggi berbanding menerusi sistem pendidikan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pada tahun ini, jumlah pelajar berbangsa Cina di sekolah KPM adalah seramai 260,699 orang.

FADHLINA Sidek. GAMBAR fail

Katanya, seramai 75,144 murid berbangsa Cina mengikuti pendidikan di Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) dan 51,563 orang di institusi pendidikan swasta.

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan murid menengah berbangsa Cina berjumlah 387,406 orang.

“Berdasarkan data berkenaan, 19.4 peratus murid berbangsa Cina mengikuti sistem pendidikan UEC, 67.3 peratus mengikuti pendidikan menengah di sekolah bawah Kementerian Pendidikan (KPM) dan 13.3 peratus lagi di institusi pendidikan swasta,” katanya dalam jawapan bertulis yang disiarkan melalui laman sesawang Parlimen, semalam.

Beliau menjawab soalan Datuk Ahmad Saad @ Yahaya (PN-Pokok Sena) yang minta menteri menyatakan peratusan pelajar Cina yang menggunapakai sistem pendidikan UEC berbanding mengikuti sekolah aliran kebangsaan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img