Kanak-kanak lelaki antara tiga maut akibat rumah terbakar di Kluang

SEORANG kanak-kanak lelaki antara tiga yang maut selepas dipercayai terperangkap dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Titiwangsa, di Kluang, malam tadi.

Selain kanak-kanak itu, dua lagi yang terkorban dalam kejadian jam 10.30 malam itu ialah seorang lelaki dan wanita. Identiti ketiga-tiga mangsa belum dikenal pasti setakat ini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kluang, Jusoh Mohd Salleh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 10.44 malam.

Beliau berkata, seramai 14 anggota bersama jentera kemudian digerakkan ke lokasi bagi menjalankan operasi pemadaman dan menyelamat.

“Setibanya di lokasi, Pasukan Keluaran Operasi (PKO) mendapati kebakaran membabitkan sebuah rumah teres dua tingkat.

“Rumah itu terbakar kira-kira 50 peratus, manakala tiga mangsa terperangkap di dalam rumah dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan,” katanya dalam satu kenyataan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here