Kanak-kanak maut dilanggar lori ketika mahu mengambil bola di atas jalan raya

SEORANG kanak-kanak lelaki berumur lapan tahun maut selepas dilanggar sebuah lori di Jalan Surau Cik Man, Kampung Surau Haji Daud, Kuala Terengganu hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata pihaknya menerima laporan daripada orang awam pada 4.10 petang, yang memaklumkan berlaku kemalangan melibatkan sebuah lori dan pejalan kaki.

“Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku kira-kira 3.40 petang semasa pemandu lori, yang datang dari arah Kampung Surau Haji Daud, telah terlanggar mangsa yang keluar secara tiba-tiba untuk mengambil bola yang tercampak di atas jalan raya.

“Kemalangan menyebabkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mayat pelajar Sekolah Kebangsaan Kubang Ikan itu dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here