Kebakaran tiga rumah, 13 penghuni terselamat

SEBANYAK 13 penghuni termasuk seorang wanita warga emas dan tiga kanak-kanak terselamat dalam kebakaran membabitkan tiga rumah di Taman Temerloh Jaya di Temerloh awal pagi ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 2.26 pagi.

“Setibanya pasukan bomba di tempat kejadian, didapati api sedang marak melibatkan tiga buah rumah teres yang terbakar.

“Sebuah rumah mengalami kemusnahan 80 peratus, manakala dua lagi masing-masing terbakar antara 20 hingga 30 peratus.

“Turut musnah sepenuhnya dalam kejadian itu sebuah kereta jenis Perodua Kancil,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau memberitahu, kesemua mangsa dilaporkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan

Tambahnya, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Angin berjaya mengawal kebakaran dengan menggunakan teknik pemadaman menerusi dua aliran hos salur bantu mula dari tangki jentera serta satu aliran hos 100 kaki dari pili bomba.

“Pihak Balai Bantuan BBP Temerloh turut menggunakan satu aliran hos sepanjang 300 kaki (91.44 meter) dengan dua pancutan air bagi memastikan api tidak merebak ke unit kediaman lain.

“Punca kebakaran dan jumlah kerugian sebenar masih dalam siasatan,” katanya.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img