Kedutaan Malaysia mohon dapatkan akses konsular kes juruterbang ditahan miliki dadah

PEJABAT Kedutaan Malaysia di Jakarta sedang berusaha mendapatkan akses konsular kepada seorang juruterbang Malaysia yang ditahan di Indonesia atas dakwaan kesalahan pengedaran dadah selepas ditangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta kelmarin.

Kedutaan itu memaklumkan, pihaknya sudah menerima pemberitahuan rasmi daripada Direktorat Jenayah Narkotik di bawah Badan Siasatan Jenayah (Bareskrim) Polis Negara Indonesia berhubung penahanan warganegara Malaysia itu di Terminal 3 lapangan terbang berkenaan.

“Pihak Kedutaan menghormati proses undang-undang Indonesia dan sedang berurusan dengan pihak berkuasa Indonesia untuk akses konsular kepada warganegara Malaysia berkenaan,” menurut kenyataan kedutaan hari ini, lapor Bernama.

Kenyataan itu dikeluarkan sejurus selepas pihak berkuasa Indonesia mengumumkan dalam sidang media di Jakarta bahawa juruterbang Malaysia berusia 39 tahun itu ditahan pada 29 Julai selepas didakwa cuba menyeludup kira-kira 25 kilogram ekstasi bernilai sekitar Rp60 bilion (Rp1 juta bersamaan RM225.20).

Pihak berkuasa berkata, dadah itu yang terdiri daripada kira-kira 70,114 pil ekstasi dan empat gram kasar methamphetamine didakwa disembunyikan di dalam bagasi suspek dan ditemukan semasa pemeriksaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta.

Penyiasat berkata, siasatan awal menunjukkan suspek mungkin pernah menyeludup dadah ke Indonesia sebelum ini.

Suspek dipercayai sebahagian daripada rangkaian pengedaran dadah antarabangsa, dengan siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti anggota sindiket lain serta penerima dadah berkenaan di Indonesia.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img