Kepala air Sungai Pertak: Empat mayat mangsa kepala air berjaya dibawa keluar

Empat mayat mangsa kejadian kepala air di Lata Jebus, Sungai Luit, Kampung Pertak berjaya dibawa keluar dari lokasi penemuan kira-kira jam 11.15 pagi tadi, manakala tiga lagi mangsa masih hilang.

Tiga mayat ditemukan tersangkut di tebing sungai berhampiran Jambatan Senget, kira-kira 950 meter dari lokasi kejadian pada jam 9.20 pagi, lapor Sinar Harian.

Satu lagi mayat ditemukan kira-kira jam 10.20 pagi berhampiran jambatan gantung, kira-kira 50 meter dari Jambatan Senget atau satu kilometer dari Lata Jebus.

Kesemua mayat dibawa ke Pos Kawalan Hadapan Bomba di Kampung Pertak selepas operasi mengeluarkan mangsa selesai pada jam 11.15 pagi.

Bagaimanapun, identiti keempat-empat mangsa masih belum dikenal pasti.

Terdahulu, seorang lelaki tempatan berusia 36 tahun ditemukan meninggal dunia di kawasan Jambatan Pertak kira-kira jam 1.30 pagi tadi.

Penemuan itu menjadikan lima daripada lapan individu yang dilaporkan dihanyutkan arus deras sudah ditemukan, manakala tiga lagi masih belum ditemui.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) diteruskan bagi mengesan baki mangsa yang hilang.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here