Kerajaan teliti isu pekerja asing sektor F&B – Fahmi

KERAJAAN akan meneliti dan mencari penyelesaian berhubung isu pekerja asing, khususnya membabitkan sektor makanan dan minuman (F&B).

Menteri Komunikasi merangkap Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini susulan beberapa isu berkaitan keperluan tenaga kerja asing yang sedang dibangkitkan pelbagai sektor.

Katanya, mesyuarat berkenaan akan dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bagi memastikan isu yang berbangkit dapat diteliti secara menyeluruh dan diselesaikan dengan lebih teratur.

“Jemaah Menteri telah memutuskan supaya mesyuarat jawatankuasa kabinet diadakan seawal minggu hadapan dan dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri bagi memastikan isu-isu berkenaan dapat diuruskan dan diselesaikan,” katanya pada sidang media pasca mesyuarat Kabinet, hari ini.

Fahmi berkata, kerajaan memahami terdapat sektor tertentu yang sedang berdepan cabaran berkaitan keperluan tenaga kerja, terutama melibatkan pekerja asing.

Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak berkaitan menunggu hasil perbincangan yang akan diputuskan menerusi mesyuarat berkenaan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img