Kerjasama politik perlu ikhlas tanpa letak prasyarat awal – Amirudin

PENGARAH Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Amirudin Shari berkata, sebarang kerjasama politik perlu berpaksikan keikhlasan, tanpa meletakkan prasyarat awal yang boleh mengekang proses perbincangan.

Beliau memberikan contoh semangat kerjasama PH di Selangor pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lepas, yang bersedia menyerahkan kerusi dimenangi kepada Barisan Nasional (BN)  demi menjayakan pembentukan kerajaan perpaduan.

“Kita ikhlas berbincang ketika PRN dan harap ada keikhlasanlah ketika kita berbincang di tempat lain. Jangan sebelum berbincang telah meletakkan syarat. Di Selangor, kita bagi kawasan yang kita menang kepada BN, jadi keikhlasan itu kena tengok cermin diri sendiri juga dan kita terbuka untuk berbincang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media di Ampang Jaya bagi mengulas perkembangan perundingan bagi mewujudkan kerjasama dengan BN pada PRN Melaka tidak lama lagi.

Amirudin berkata, ketika beliau masih menantikan esediaan Pengerusi BN  Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh bagi memulakan rundingan rasmi mengenai hala tuju kerjasama politik di negeri itu.

“Saya sebenarnya dah berhubung, beliau (Ab Rauf) cakap sedang tunggu beberapa keputusan dasar peringkat UMNO Pusat dan BN Pusat, untuk meneruskan perbincangan dan sebagainya,” katanya

Melaka mempunyai 28 kerusi DUN dan pada PRN Melaka ke-15, BN membentuk kerajaan negeri selepas memperoleh 21 kerusi, diikuti PH dengan lima kerusi manakala Perikatan Nasional dua kerusi.Mandat kerajaan negeri Melaka akan tamat pada 31 Disember ini.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here