Kes buang bayi depan surau, dua remaja direman tiga hari

DUA remaja yang ditahan susulan penemuan bayi perempuan di kawasan Taman Universiti  di Skudai Sabtu lalu, direman selama tiga hari bermula hari ini.

Perintah reman terhadap remaja lelaki berusia 18 tahun dan remaja perempuan berusia 19 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Atifah Hamizah di Mahkamah Majistret Johor Bahru.

Ia bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang atau menyembunyikan bayi dengan niat meninggalkannya.

Sebelum itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Radin Ramlan Radin Taha berkata, tangkapan terhadap lelaki berusia 18 tahun dan wanita berusia 19 tahun itu dibuat kira-kira jam 2.15 pagi ini.

Menurut beliau, hasil semakan mendapati pasangan terbabit tidak mempunyai rekod kesalahan lampau dan ujian air kencing terhadap mereka didapati negatif.

Terdahulu tular video seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemukan ditinggalkan bersendirian di pekarangan sebuah surau di Taman Universiti, Skudai pada Sabtu lalu dibalut dengan tuala hijau.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img