Kes bunuh gadis 61 tikaman: Penuntut kolej didakwa bunuh Nurfisya

SEORANG penuntut kolej didakwa di Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pelajar Kolej Poly-Tech MARA, Nurfisya Zulkifly yang mayatnya ditemukan dengan 61 tikaman di Ketereh pada 1 Mei lalu.

Muhammad Hazim Muhammad, 19, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Rais Imran Hamid.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan pembunuhan dengan menyebabkan kematian terhadap Nurfisya, 19, antara jam 11.40 malam pada 30 April lalu hingga 12.20 tengah malam pada 1 Mei lalu di Jalan Pengkalan Piah, Ketereh, Kota Bharu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun serta sebatan tidak kurang 12 kali, jika tidak dijatuhi hukuman mati.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Kes dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Kelantan, Wan Azimah Yaacob dibantu Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Nadzir Abdullah dan Ahmad Naabil Mohamed Asri manakala tertuduh diwakili peguam, Alias Ibrahim.

Mahkamah kemudian menetapkan tarikh sebutan semula bagi pengurusan kes dan laporan pakar pada 2 Julai depan. Mahkamah juga tidak membenarkan tertuduh diiikat jamin.

Mengikut laporan media, pada 1 Mei lalu, gadis berkenaan ditemukan dalam keadaan terbaring di atas jalan berdekatan sawah padi dengan keadaan berlumuran darah oleh penduduk kampung yang kebetulan melalui kawasan tersebut sebelum menghubungi polis.

Hasil bedah siasat yang dijalankan atas mayat menemukan sejumlah 61 tikaman di badan dan muka mangsa serta disahkan meninggal dunia akibat tikaman berganda di bahagian dada.

Susulan itu, polis menahan empat termasuk dua remaja lelaki berusia 19 tahun termasuk tertuduh.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img