Kilang pembuatan transformer TNB terbakar di Semenyih

SEBUAH kilang yang menghasilkan bahan dan peralatan transformer Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Kawasan Perindustrian Sungai Purun, Semenyih, terbakar awal pagi tadi dengan kira-kira 40 peratus premis musnah dalam kejadian itu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 4.29 pagi.

Menurutnya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semenyih tiba di lokasi tujuh minit kemudian sebelum mendapati kebakaran melibatkan sebuah kilang membuat transformer kelas A milik TNB berkeluasan kira-kira 200 x 100 kaki persegi.

“Operasi pemadaman turut dibantu anggota dari BBP Bangi dan BBP Kajang. Ketika pasukan bomba tiba, api sedang marak dan dianggarkan membakar 40 peratus kawasan kilang

“Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 6 pagi selepas anggota bomba melakukan operasi pemadaman menggunakan empat aliran sepanjang 300 kaki dengan tiga pancutan nozzle,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, setakat jam 9.30 pagi, kebakaran berjaya dipadamkan kira-kira 90 peratus dan kerja-kerja overhaul masih dijalankan bagi memastikan tiada lagi punca api yang boleh mencetuskan kebakaran semula.

Ahmad Mukhlis berkata, tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu dan seramai 18 anggota bersama empat jentera dari BBP Semenyih, BBP Bangi dan BBP Kajang terbabit dalam operasi berkenaan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img