Kolej Profesional Kemahiran Kiblah Lahirkan Tenaga Mahir Berdaya Saing, Seimbang Ilmu dan Sahsiah

Kolej Profesional Kemahiran Kiblah muncul sebagai salah sebuah institusi pendidikan dan latihan kemahiran yang komited dalam melahirkan tenaga kerja mahir, berdisiplin serta beretika, selaras dengan keperluan industri semasa dan pembangunan modal insan negara.

Ditubuhkan oleh Barisan Teknik Sdn. Bhd., kolej ini telah didaftarkan secara rasmi pada Januari 2020 dan mula beroperasi sebagai pusat latihan kemahiran yang memberi penekanan kepada pembangunan kemahiran teknikal serta pembentukan sahsiah pelatih secara menyeluruh.

Menurut pihak pengurusan, penubuhan Kolej Profesional Kemahiran Kiblah bermula dengan penawaran Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Pengajaran Tahfiz, sebagai usaha melahirkan tenaga pengajar tahfiz yang bukan sahaja mahir dari sudut pengajaran, malah beretika dan profesional.

“Kami melihat keperluan mendesak untuk melahirkan guru tahfiz yang mempunyai kemahiran pengajaran formal, pengurusan kelas serta sahsiah yang baik, seiring tuntutan institusi pendidikan Islam masa kini,” kata wakil pengurusan Kolej Profesional Kemahiran Kiblah.

Seiring perkembangan institusi serta peningkatan keperluan pasaran kerja, kolej ini telah memperluaskan penawaran program latihan kemahiran merangkumi pelbagai bidang yang relevan dengan industri.

Antara program yang ditawarkan ketika ini ialah SKM Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik Satu Fasa dan Tiga Fasa, SKM Pentadbiran Pejabat, SKM Proses Kimpalan Arka Logam Berperisai, SKM Perkhidmatan Pembaikan Kenderaan Ringan, serta Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Pengurusan Pentadbiran.

Kesemua program tersebut dirangka berdasarkan piawaian kebangsaan dan keperluan industri, dengan pendekatan pembelajaran berasaskan latihan praktikal yang menyeluruh serta sokongan pengetahuan teori yang relevan.

“Fokus kami adalah memastikan pelatih benar-benar bersedia untuk dunia pekerjaan. Sebab itu latihan praktikal, pendedahan industri dan disiplin kerja menjadi teras utama pembelajaran di kolej ini,” jelas pihak pengurusan.

Kolej Profesional Kemahiran Kiblah beroperasi di Lot 30774, Bukit Unggul, Lrg Sentosa, Jenderam Hulu, Sepang, Selangor dan dilengkapi dengan kemudahan latihan yang kondusif serta tenaga pengajar berpengalaman dalam bidang masing-masing. Persekitaran pembelajaran  sistematik ini bertujuan memastikan pelatih memperoleh kemahiran sebenar selari kehendak industri.

Dari segi pengambilan pelajar, kolej ini menawarkan intake beberapa kali setahun, bergantung kepada program yang ditawarkan, bagi memberi peluang lebih luas kepada lepasan sekolah, belia serta individu yang ingin meningkatkan kemahiran atau menukar laluan kerjaya.

Sebagai sebuah institusi latihan kemahiran, Kolej Profesional Kemahiran Kiblah berperanan sebagai platform pembangunan masa depan pelatih, di mana kemahiran yang diperoleh bukan sahaja membuka peluang kerjaya dan meningkatkan kebolehpasaran graduan, malah menyumbang kepada kestabilan ekonomi, pembangunan industri serta kesejahteraan masyarakat secara keseluruhan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img