Kontraktor rugi lebih RM100,000 terperdaya sindiket pelaburan wang kripto

SEORANG  kontraktor pembinaan kerugian RM144,781.21 selepas diperdaya sindiket pelaburan mata wang kripto tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata pada awal Ogos lepas, lelaki yang berusia 59 tahun itu menyertai skim pelaburan mata wang kripto menerusi seorang kenalan wanita dari Korea yang dikenali melalui aplikasi TikTok.

Beliau berkata suspek memujuk mangsa menyertai skim pelaburan itu, yang didakwa mampu memberikan pulangan lumayan dalam masa singkat.

“Mangsa yang ghairah untuk mendapatkan keuntungan mudah dan cepat telah membuat pelaburan sebanyak RM144,781.21 menggunakan wang simpanan perniagaan. Bayaran dibuat melalui 14 kali transaksi ke 11 akaun berbeza bermula 4 Ogos hingga 9 September lepas.

“Bagaimanapun mangsa berasa curiga apabila gagal mendapatkan kembali wang pelaburan dan keuntungan yang dijanjikan. Malah, suspek wanita yang dikenali sebagai Eun Pyun juga gagal dihubungi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azli berkata mangsa yang menyedari ditipu telah membuat laporan polis pada 6.19 petang semalam, dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here