KPD Dang Wangi dilantik Ketua JSJ Kuala Lumpur yang baharu

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan kenaikan pangkat dan pertukaran jawatan membabitkan beberapa pegawai kanan polis kontinjen Kuala Lumpur.

Kenaikan pangkat itu membabitkan Senior Asisten Komisioner (SAC) Sazalee Adam yang dilantik sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur yang baharu, berkuat kuasa hari ini.

Beliau yang sebelum ini berkhidmat sebagai Ketua Polis Daerah Dang Wangi menerima kenaikan pangkat daripada Asisten Komisioner (ACP) kepada Senior Asisten Komisioner (SAC).

Selain itu, kenaikan pangkat turut membabitkan bekas Ketua Polis Daerah Sentul, SAC Basri Sagoni; bekas Timbalan Ketua JSJ (Risikan/Operasi) Kuala Lumpur, SAC Zulkarnain Samsudin serta bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, SAC Haslah Bachok dan SAC Kamaruzaman Md Alib.

Basri dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah (D7) Pencegahan/Tahanan/Pengawasan JSJ Bukit Aman, manakala Zulkarnain dilantik sebagai Ketua JSJ Selangor.

Haslah pula dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah (Risikan/Operasi) Bahagian Pematuhan Standard, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman.

Penyerahan tugas turut membabitkan Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Basri Sagoni kepada pemangku jawatan, Superintenden Jasni Zolpa serta Ketua Polis Daerah Dang Wangi, SAC Sazalee kepada Superintenden Nuzulan Mohd Din.

Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas itu disaksikan oleh Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur hari ini.

Sementara itu, Fadil menyifatkan majlis itu sebagai satu peristiwa penting dalam sejarah PDRM kerana membabitkan pertukaran jawatan utama, termasuk Ketua Jabatan Siasatan Jenayah.

“Jadi ini menunjukkan kelangsungan penugasan polis, terutamanya di wilayah Selangor dan Kuala Lumpur ini untuk terus mengambil alih, diserahkan kepada petugas yang baharu dan kita akan terus memastikan perkhidmatan cemerlang yang diberikan oleh PDRM terhadap masyarakat dapat dikekalkan,” katanya dalam sidang media selepas majlis tersebut.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img