KWAP umum pelantikan Jay Khairil sebagai Ketua Pegawai Eksekutif KWAP mulai 20 Mei

KUMPULAN Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) mengumumkan pelantikan Datuk Jay Khairil Jeremy Abdullah sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharunya berkuat kuasa 20 Mei ini.

Menurut kumpulan itu, beliau mempunyai pengalaman hampir 30 tahun dalam sektor perbankan dan perkhidmatan kewangan.

“Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif KWAP, Datuk Jay Khairil akan menerajui hala tuju strategik, operasi dan keutamaan institusi, di samping melaksanakan mandat KWAP sebagai dana persaraan sektor awam Malaysia melalui pelaburan berdisiplin, tadbir urus yang kukuh serta kepimpinan institusi jangka panjang,” menurut KWAP dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

Jay Khairil sebelum ini merupakan Ketua Eksekutif Bank Simpanan Nasional (BSN). Beliau juga pernah memegang jawatan Ketua Pegawai Kewangan dan Ketua Audit Dalaman BSN.

Selain itu, beliau juga pernah berkhidmat di CIMB Group, Bank of Tokyo-Mitsubishi UFJ (Malaysia) dan Bank Negara (BNM), selain mempunyai pengalaman awal di Hong Leong Bank dan AmMerchant Bank.

Jay Khairil memiliki Ijazah dalam bidang Perniagaan dan Kewangan dari Heriot-Watt University, Edinburgh, Scotland, United Kingdom (UK).

Dalam pada itu, KWAP turut merakamkan penghargaan kepada Datuk Nik Amlizan Mohamed yang telah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif KWAP sejak 2020 atas kepimpinan, khidmat dan sumbangannya terhadap kejayaan organisasi sepanjang tempoh perkhidmatan.

 

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img