Lebih 40,000 peserta sertai Senam Sihat MADANI di 1,099 pusat NADI

LEBIH 40,000 peserta di 1,099 Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)  menyertai Program  Senam Sihat MADANI Merdeka 2026 anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Dalam hantaran melalui Facebook,  NADI memaklumkan program yang diadakan bersempena dengan sambutan Bulan Kebangsaan itu menghimpunkan komuniti setempat daripada pelbagai lapisan masyarakat dalam aktiviti senam sihat selain pelbagai aktiviti berkaitan kesihatan di Pusat NADI masing-masing.

Penganjuran serentak ini turut menjadi percubaan untuk mencatat pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR).

Selain aktiviti senam sihat, peserta berpeluang mendapatkan saringan kesihatan asas serta mengikuti webinar berkaitan kesihatan bagi meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan penjagaan kesihatan dan amalan gaya hidup sihat.

Program itu turut menyemarakkan semangat kebersamaan komuniti setempat menerusi penglibatan dalam aktiviti yang menggalakkan kesejahteraan dan gaya hidup sihat, selaras dengan tema sambutan Hari Kebangsaan tahun ini “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”.

Penganjuran Senam Sihat MADANI Merdeka 2026 juga mengetengahkan peranan NADI sebagai ruang komuniti yang menyediakan pelbagai aktiviti dan perkhidmatan untuk manfaat masyarakat setempat.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here