PERUNTUKAN kemudahan pembiayaan mikro kepada peniaga kecil ditambah RM1 bilion, menjadikan keseluruhan dana bagi tahun 2026 sebanyak RM6 bilion.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengumumkan Geran Sejahtera MADANI berjumlah RM200 juta bagi membantu penjaja, peniaga kecil, peniaga pasar malam serta golongan ibu yang menjalankan perniagaan dari rumah.
Katanya, inisiatif berkenaan bertujuan memberikan suntikan kepada sektor perniagaan, selain membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat.
“Kemudahan pembiayaan mikro bagi tahun 2026 ditingkatkan daripada RM5 bilion ringgit kepada RM6 bilion, ” katanya Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2026 di Putrajaya hari ini.
Beliau berkata, langkah itu membuktikan kerajaan terus memberi perhatian kepada golongan peniaga kecil dan sektor perniagaan mikro sebagai sebahagian daripada usaha memastikan manfaat pertumbuhan ekonomi dapat dinikmati secara lebih meluas.
Dalam amanat itu juga Anwar turut mengumumkan perniagaan dengan jualan tahunan tidak melebihi RM3 juta tidak lagi diwajibkan melaksanakan e-Invois selepas kerajaan menaikkan ambang pengecualian daripada RM1 juta setahun.
Beliau berkata langkah itu antara inisiatif kerajaan bagi mengurangkan beban peniaga kecil dan sederhana.
“Dengan ini, perniagaan yang mencatat jualan tahunan tidak melebihi RM3 juta tidak diwajibkan melaksanakan e-Invois,” katanya.





