Kemungkinan wujud tindakan tersusun sebar berita palsu – Fahmi

SIASATAN Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mendapati kemungkinan penyebaran maklumat tidak sahih melibatkan pelbagai isu termasuk harga api, tol Selat Hormuz dan krisis perkapalan global  dilakukan secara tersusun atau coordinated inauthentic behaviour (CIB).

Selain memaklumkan MCMC mengesan lebih 600 kandungan berita palsu sejak 29 Mac lal, Jurucakap Kerajaan Perpaduan yang juga Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata,  terdapat kandungan menggunakan grafik sama, dimuat naik dalam tempoh masa hampir serentak serta disebarkan secara meluas.

Bercakap pada sidang media pasca mesyuarat Kabinet, hari ini, Fahmi berkata daripada 600 kandungan itu, lima kes telah dan akan didakwa di mahkamah, manakala lapan kes dikenakan kompaun setakat ini.

“Jumlah kompaun yang dikenakan adalah RM200,000 secara keseluruhan, iaitu RM25,000 bagi setiap kes.

“Baki kes lain masih dalam siasatan atau tindakan susulan dengan pihak Timbalan Pendakwa Raya bagi menentukan langkah seterusnya,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan memandang serius penyebaran berita palsu kerana ia boleh mengelirukan masyarakat serta menjejaskan kestabilan awam.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img