Lelaki Bangladesh didakwa lima kes cabul di stesen MRT, LRT

SEORANG lelaki warga Bangladesh berusia 41 tahun didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur hari ini atas lima pertuduhan mencabul kehormatan wanita di beberapa stesen pengangkutan awam sekitar ibu negara.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, suspek ditahan pada 27 April lalu kira-kira jam 11.45 pagi di perkarangan Stesen MRT Maluri.

Menurutnya, lelaki itu dipercayai terlibat dalam lima kejadian cabul membabitkan mangsa wanita berusia antara 21 hingga 28 tahun.

“Kesalahan itu dilaporkan berlaku di beberapa lokasi termasuk Stesen LRT Chan Sow Lin, MRT Maluri Cheras dan MRT Taman Midah.

“Suspek kini berdepan lima pertuduhan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat, atau mana-mana dua daripada hukuman berkenaan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img