14 ADUN UMNO Negeri Sembilan kekal sokong Kerajaan Perpaduan – Fahmi

SEMUA 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO di Negeri Sembilan disahkan kekal menyokong Kerajaan Perpaduan, sekali gus memastikan kedudukan pentadbiran negeri terus stabil.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, keputusan itu dicapai hasil pertemuan pimpinan tertinggi Pakatan Harapan dan Barisan Nasional semalam.

“Keputusan sekarang ialah Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan kekal, maka mereka kekal menyokong kerajaan.

“Apa-apa perkara lain yang melibatkan isu sekiranya berbangkit akan diuruskan oleh pimpinan tertinggi melalui mekanisme yang telah ditetapkan,” katanya dalam sidang media pasca mesyuarat Kabinet, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan sama ada 14 ADUN UMNO Kembali memberi sokongan kepada Menteri Besar,  Datuk Seri Aminuddin Harun.

Menurut Fahmi, sebarang isu berkaitan sokongan atau perbezaan pandangan akan diselesaikan melalui saluran kepimpinan utama berdasarkan perjanjian antara parti komponen Kerajaan Perpaduan.

Sebelum ini, pada 27 April lalu, 14 ADUN UMNO Negeri Sembilan mengumumkan hilang kepercayaan serta menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Aminuddin susulan krisis membabitkan institusi adat dan perlembagaan negeri itu.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img